Dewan Rakyat : Bung Mokhtar mengamuk, mencarut

Episode 521,   Aug 07, 2018, 09:26 AM

Subscribe

Persidangan Dewan Rakyat hari ini terus dicemari dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan lucah ‘F*** Y**’ ketika Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dibentangkan untuk bacaan kali kedua.

Pertelingkahan bermula apabila Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah ucapan perbahasan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) mengenai harga barang dan perkhidmatan sekiranya Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan diperkenalkan semula.