COVID-19: 7 kes baharu, Muhyiddin nasihat rakyat jangan panik

Mar 04, 2020, 03:45 AM
Share
Subscribe
Terdapat tujuh kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di negara ini hari ini, sekaligus terdapat 36 kes direkodkan. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan media memaklumkan kesemua kes baharu itu merupakan kontak rapat bagi kes ke-26. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan setakat ini jumlah kes sembuh adalah 22 kes.