1.17 juta permohonan i-Lestari sudah diluluskan

Apr 14, 2020, 03:12 PM

Subscribe
Sejumlah 1.17 juta permohonan i-Lestari KWSP diluluskan melibatkan pengeluaran sebanyak RM572 juta bermula Mei ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, angka itu dijangka akan terus meningkat pada bulan-bulan akan datang selepas kesemua permohonan disemak.