Sekatan pergerakan di Itali akan dilonggarkan beransur-ansur

Apr 22, 2020, 05:18 AM

Subscribe
Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte pada Selasa berkata pelonggaran sekatan pergerakan akan dibuat secara beransur-ansur di seluruh negara.

Warga Itali kini tertunggu-tunggu untuk mengetahui apakah had pergerakan baru yang akan diumumkan dalam kehidupan mereka selepas perintah berkurung di negara itu berakhir 3 Mei ini.