Peniaga pasar Taman Megah disahkan positif COVID-19

Apr 26, 2020, 09:05 AM
Subscribe
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penutupan sementara pasar pagi  Taman Megah selepas salah seorang peniaga di premis tersebut disahkan positif jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, ekoran itu KKM telah melakukan ujian saringan pengesahan ke atas kesemua 60 peniaga pasar berkenaan yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan pesakit itu.