Kakitangan awam terperangkap di kampung tidak perlu bekerja Isnin ini

May 02, 2020, 02:07 PM

Subscribe
Kakitangan awam yang masih terperangkap di kampung atau bandar tidak perlu bekerja pada Isnin ini.
Justeru mereka diingatkan agar tidak tergesa-gesa kembali ke negeri mereka bekerja kerana jadual perjalanan akan ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pada masa sama, majikan syarikat swasta diingatkan agar memberikan ruang kepada pekerja untuk memulakan kerja berdasarkan jadual perjalanan berkenaan.