Lompat parti umpama harga musim ikan - Penganalisis

Jun 16, 2020, 01:28 AM

Felo Kanan Institut Perhubungan Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun berkata senario perubahan landskap politik di Sabah termasuk isu lompat parti berlaku sejak zaman kemerdekaan lagi.

Ei Sun menjelaskan hal ini berlaku apabila parti di peringkat kerajaan negeri tidak selaras dengan parti di kerajaan persekutuan.