Meraikan kepelbagaian, memperkukuhkan kemampanan ekonomi
Sep 16, 2020, 12:29 AM
Sibu, Sarawak dipilih sebagai lokasi bagi Sambutan Hari Malaysia 2020 menjadi simbol betapa penting kemajmukan rakyat di negara ini. Misalnya masyarakat Cina Foochow yang memainkan peranannya dan penglibatan dalam membangunkan ekonomi di bandar ketiga terbesar di bumi kenyalang.