AWANI Global: Diplomasi 6 dekad Malaysia - Republik Korea
Oct 17, 2020, 02:19 AM
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Korea bermula pada 23 Februari 1960. Setelah enam dekad lamanya, jumlah dagangan kedua-dua negara merekodkan lonjakan 6370 kali iaitu melebihi RM18 billion berbanding RM2.83 juta pada 1965. Sementara itu, lebih 20 ribu rakyat Korea tinggal di Malaysia manakala 14 ribu rakyat Malaysia berada di Korea. Rizal Zulkapli menemuramah Tuan Yang Terutama Lee Chi-Beom, Duta Besar Republik Korea ke Malaysia dan En Mohammad Faizal Razali, Setiausaha Bahagian Asia Timur, Kementerian Luar Negeri sempena ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia - Republik Korea yang ke-60 tahun dan pandangan tentang pengukuhan hubungan dua hala serta kesalinghubungan antara rakyat dua negara.