AWANI Global: Myanmar: ASEAN 5PC gagal?
Apr 30, 2022, 01:00 AM
Pelbagai kritikan mengenai pencapaian setahun Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN mengenai Myanmar yang dimeterai pada 24 April, 2021 yang lalu. Adakah konsensus ini gagal atau ASEAN memerlukan lebih banyak ruang dan masa menangani krisis di Myanmar? Adakah ASEAN perlu menukar cara dan tindakan berdepan pemimpin Junta? Ikuti diskusi dan analisis Dr Roy Anthony Rogers, Profesor Madya, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya mengenai krisis politik dan kemanusiaan di Myanmar dalam AWANI Global pada Sabtu, 30 April, 2022; jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com.