AWANI Global: Analisis kemuncak Islamophobia di India

Jun 18, 2022, 01:00 AM

Beberapa siri peristiwa keganasan berunsur agama terhadap kaum minoriti di India berlangsung sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kerajaan India menerima pelbagai kecaman di atas pelanggaran hak asasi manusia dari pelusuk dunia. 

Terbaharu, Kerajaan India menerima kecaman hebat di peringkat antarabangsa selepas dua jurucakapnya daripada Bharajaya Janata (BJP) iaitu Nupur Sharma, dan Naveen Jindal telah mengeluarkan kenyataan yang menghina Nabi Muhammad dan isteri Baginda, Aisyah RA.  

Mari kita memahami situasi dan melihat sejarah serta latar politik India sehingga menjurusnya keadaan yang semakin parah ini bersama Dr Azharudin Md Dali dari Jabatan Sejarah, Fakulti Sains & Sains Sosial, Universiti Malaya dalam AWANI Global, Sabtu 18 Jun; jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com.