Cerita Sebalik Berita: Keunikan sambutan Hari Kebangsaan

Aug 25, 2022, 09:55 AM

Sebuah perkampungan Cina yang wujud lebih 200 tahun lalu di Kelantan mempunyai keunikan tersendiri seperti mempunyai pokok durian Kunyit atau Musang King yang pertama di negeri itu. Budaya dan cara kehidupan masyarakat minoriti itu yang tinggal di kawasan kampung yang di kelilingi masyarakat Melayu, turut memberi kesan kepada cara percakapan mereka yang rata-rata fasih berdialet Kelantan serta mengamalkan cara hidup seperti masyarakat Melayu Kelantan.